Al Fatihah

Tuesday, March 18, 2008


Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah meninggal dunia
Wartawan Kita
Wed | Mar 19, 08 | 11:04:04 am MYT

PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) � Ulama tersohor di Kelantan dan nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.

Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.

Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.

�Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut,� kata Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad ketika ditemui di sini.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sempat menziarahinya ketika sakit tenat malam tadi. Bacaan Yassin juga diadakan malam tadi.

Sementara itu orang ramai berduyung-duyung menziarahi jenazahnya pagi ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato� Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Abdul Fattah Mahmoood menyifatkan kematian Tuan Guru Abdullah merupakan satu kehilangan besar bagi umat Islam di Kelantan.

Katanya, ketokohan beliau dalam bidang agama sukar dicari ganti.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula berkata, pemergian buat selama-lamanya Tuan Guru Abdullah seumpama kehilangan obor Islam di negara ini. - mj

beliau merupakan guru pada ayahanda di pondok dulu, kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar buat penduduk di Pasir Mas umumnya di Kelantan.

Labels:

 
posted by Imanulnaim Enterprise at 8:19 PM, | 1 comments

ALHAMDULILLAH

Sunday, March 16, 2008


bos dapat anak bongsu pompuan



Negeri ku dikuasai semula oleh Tok Guru



sahabt baikku dah nikah

Labels:

 
posted by Imanulnaim Enterprise at 8:21 PM, | 0 comments

Tak Mapu Mengapai Pelangi

Dia mengeluh lagi. Keluhan kali ini bukan kerana penat. Bukan juga kerana letih. Keluhan kali ini atas rasa sedih. Habis sudah ikhtiar diri agar tidak dijadikan musuh malahan sepanjang tempoh perkenalannya dengan wanita itu dia lebih banyak beralah. Dia tahu di mana letaknya duduk bangun diri di mata wanita yang hampir sebaya ibunya sendiri. Sudah tertanam rasa hormat setinggi itu buat wanita yang acapkali mencari setiap kesalahan diri.

Seolah tiada ada hatta satu perkara pun yang betul yang mampu dilakukannya sendiri. Selama itu jugalah dia banyak memendam perasaan. Airmatanya sudah tidak terkira di curahkan namun segalanya di sembunyi rapi di sebalik senyuman mans yang di paparkan buat si dia yang tersayang. Setiap kali di tanya mengenai hubungannya dengan wanita itu, dia hanya gemar mendiamkan diri dan mengelakkan dirinya daripada menjawab.

“ Kakak kacau Lisa lagi?”, tanya lelaki itu lembut.

“ Takde. Lama dah tak dengar cerita tentang dia......Tak baik syak wasangka terhadap Kakak, Bang”, jawabnya sambil mengelus lembut rambut lelaki yang sedang asyik membaca suratkhabar di atas pangkuan ribanya. Pada lelaki itulah tertumpahnya semua rasa cinta kasih sayang seorang isteri yang sentiasa mengharapkan restu dari suaminya.

*************************************************

Pernikahannya dengan lelaki itu hampir 6 tahun yang lepas mengejutkan semua pihak, lebih- lebih lagi Abah dan Emak yang agak terpukul dengan jejaka pilihannya. Puas sudah di herdik, di marah dan di maki oleh mereka di sekelilingnya, namun keputusan tidak berganjak. Hatinya terpaut sudah dengan lelaki bernama Harryth Daniel bin Ku Johari, seorang pilot berusia 46 tahun dari seberang Tambak Johor.

“Astaghfirullahal’Azim, Lisa...Mana Abah dan Emak nak letak muka? Daniel yang kau tergila- gilakan sangat tu dah tua benar. Hampir sama baya dengan Abah!!!! Sudahlah begitu, apa kau dah hilang akal ke menyua diri nak jadi isteri kedua???Apa nak jadi dengan kau ni, Lisa...Kau dah buang tebiat? Hah! Apa dah takde jantan lain dah yang boleh nak kau jadikan suami? Apa...Sebab dia bagi kau rantai emas seutas dua, cincin emas, itu ini yang buatkan kau jatuh cinta? Kau fikirlah..Kau tu muda lagi, apa yang kau nak sangat kat dia tuh??”, jerit emak.

Saat itu, tidak tahu dari mana datang sumber keberaniannya menghadapi wajah menyinga emak. Sumpah bukan niatnya mahu melawan ibunya sendiri yang melahirkannya, yang selama ini bersusah- payah membesarkan dan menyayangi diri ini sepenuh hati. Abah sudah lama tidak mahu bercakap dengannya. Jangankan hendak bersapa, menatap wajahnya langsunglah tidak sejak nama Daniel di bangkitkan. Lisa berani menatap mata emak, seolah- olah sedang mencari kelembutan seorang ibu di sebalik ketegasan yang cuba emak tunjukkan sekarang. Namun dia hampa, emak benar- benar mengamuk saat ini dan langsung tidak memberikan peluang untuk dia mempertahankan diri.

Esoknya selesai kelas di Bukit Jalil, Harryth menjemputnya di kampus. Meskipun penatnya masih berbaki setelah selesai mengemudi penerbangan dari Kota London- Kuala Lumpur, dia masih mampu mencuri masa mengunjungi Lisa di kampus saat libur. Dari kafeteria jelas ternampak kelibat Mercedes M- series, kereta mewah pacuan empat roda kepunyaan kekasih hati. Jika selama ini, kehadiran lelaki itu di sambut meriah dan sebaiknya, hari ini seolah- olah hilang sudah semangat diri.

Pintu kereta di kuak dan punggungnya di labuh perlahan. Mulutnya membisu. Daniel juga diam membisu,seolah- olah cuba memahami apa yang sedang bermain di benak hati wanita muda itu.

“ Semalam Lisa bertelagah dengan emak”, katanya mendatar.

“ Pasal Daniel lagi?”, soal lelaki itu lembut.

“ Lisa buntu Nel. Apa lagi yang tak kena, Nel? Apa yang buruk sangat mengenai Nel yang mereka langsung tak boleh nak di bawa berbincang mengenai kita? Lisa bukannya nak buat benda jahat kan? Lisa cuma nak ikatan cinta kita ni disahkan mengikut hukum, sebagaimana sepatutnya..Salah ke apa yang Lisa minta, Nel?”, jawabnya sambil mula menahan sebak. Pandangan di lontar ke luar tingkap. Seboleh- bolehnya dia tidak mahu Daniel melihatnya dalam keadaan rapuh begini.

“ Nel yang mungkin tak sedar diri.Mengharapkan agar diri Nel di terima mudah oleh ibubapa Lisa. Nel dah katakan, mereka takkan setuju dengan hubungan kita. Lisa...I am as old as your father. Kita takkan dapat menutup mulut orang mengata yang bukan- bukan terhadap famili Lisa, sayang”,lelaki itu berkata lesu.

Lisa hanya mendiamkan diri. Membatu.

Saat sampai di depan pagar rumah, alangkah hancurnya hati. Beg baju dan kotak barangan miliknya sudah siap tersusun di luar rumah. Lisa kelu. Fahamlah sudah apa yang di katakan oleh emak malam tadi bukanlah satu gurauan.

“ Kalau betul kau dah gilakan sangat jantan tu, aku tak larat dah nak halang kau dengan peel keras kepala kau tu. Kau berkeras sangat nak menikah dengan dia, kau jangan jejak lagi rumah aku!!!!”.

Dengan perlahan, digagahkan kaki mengatur langkah ke arah barangannya dan cuba untuk memunggahnya satu persatu ke dalam kereta. Air matanya cuba di seka menggunakan hujung baju kurung kedahnya. Daniel tidak mampu berkata apa, namun tangannya menghalang saat Lisa cuba mengangkat barangannya sendiri.

“Sudahlah, Lisa. Biar Nel angkatkan. Lisa duduk dalam kereta”, katanya memujuk.

Saat diri di dalam perut kereta, dia bagaikan terlihat kelibat emak di tingkap sebelum emak laju menutup langsir cepat, menunjukkan rasa benci. Emak..............................

*************************************************

3 bulan selepas kejadian itu, dia selamat di ijabkabulkan berwalikan wali hakim setelah Abah langsung tidak mahu berganjak tidak mahu menikahkan mereka. Meskipun majlis berlangsung meriah namun hati kecilnya meraung tika menyedari bahawa Abah dan Emak takkan lagi menerima diri.

Daniel sendiri rasa bersalah. Namun takdir Tuhan menjanjikan bahawa mereka akan bersama sebagai suami isteri. Kun fayakun....Apa yang terjadi, akan tetap terjadi. Hatinya juga hancur mengenangkan diri isterinya kini yang terbuang dek hanya kerana menyintai dirinya. ‘Abang takkan sia- siakan Lisa, sayang’, janjinya teguh. Sebagai anak, Daniel juga faham akan perasaan seorang anak yang disisih keluarga sendiri. Dia juga kagum dengan Lisa yang semakin kuat menempuhi kenyataan bahawa kini dia berdiri di atas dua kakinya sendiri dan dia tekad mahu sentiasa menyokong Lisa agar tercapai cita- citanya suatu hari nanti.

Daniel sendiri tidak mahu Lisa melayan perasaan, maka setelah selesai tempoh ‘honeymoon’ mereka Daniel terus membelikan sebuah kondo buat Lisa di ibu kota yang terletak betul- betul di belakang Hotel Vistana. Kondo mewah itu terletak agak jauh dari Bukit Jalil namun segalanya bukan suatu masalah kerana stesen LRT menghubungkan Jalan Pahang dan Bukit Jalil dalam masa tidak sampai 15 minit. Sekurang- kurangnya Lisa tidak perlu berpanas, berhujan membawa kereta di dalam kesesakan lalulintas di kota kosmopolitan itu.

*************************************************

“Ni rumah Lisa sekarang. Lisa hiaslah ikut citarasa Lisa, ye?”. Dia hanya mengangguk lesu. Tidak di nafikan tanggungjawab sebagai isteri benar- benar merubah rutin sehariannya. Syukurlah juga tugas Daniel sebagai juruterbang membuatkan dia punya ‘ruang’ untuk belajar dan juga menghias kondo pemberian Daniel sebaik mungkin.

Meskipun grednya di Kolej Perubatan Bukit Jalil agak jatuh namun Lisa tetap cuba berusaha keras untuk memperbaiki prestasinya di wad mahupun di kelas. Setiap masa yang terluang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran meskipun ada masanya pernah terbetik rasa penat di hati kecilnya itu. Mujur Daniel suami yang memahami. Saat semangatnya patah, lelaki itu sudi memberikan bahunya sebagai andalan penguat, menyuntik motivasi agar Lisa lebih menumpukan perhatian buat pelajaran. Malah saat dia bersengkang mata menelaah, Daniel tidak jemu menemaninya di ruang tamu saat meja makan kondo mereka penuh sarat dengan nota kuliah Lisa. Apatah lagi saat Lisa tidak sempat masak, Daniel lebih dulu laju ke kedai membungkus nasi dan lauk buat mereka berdua.

“ Jangan risau, Lisa. Abang faham Lisa sibuk, sayang”, terang lelaki itu saat Lisa berehat di dalam pelukan mesra Daniel. Dia tahu benar Lisa tenang setip kali dahi isteri mudanya itu di kucup dan saat jemarinya bermain di alis mata bundar itu. Kerap kali juga dia terlena dalam belaian lembut suaminya itu namun Daniel tetap membangunkannya untuk sambung menelaah buku- buku yang masih perlu di baca dan fakta- fakta yang perlu di fahami.

*************************************************

Sambutan hari raya pertama kali sebagai seorang isteri menggugat kedudukannya sebagai isteri. Daniel seolah- olah serba salah. Kak Khairani menuntut tahun itu supaya di sambut bersama di Singapura sedangkan kalau boleh Lisa mahu merayakan hari mulia itu bersama Daniel. Apatahlagi ketika itu, dia tidak lagi di terima keluarga dan hanya Daniel lah keluarga yang ada untuk dirinya. Saat di lihat suami dalam kekalutan, hati kecilnya sebak namun diikuatkan perasaan untuk membantu meringankan bebanan suami.

“Lisa rasa ada baiknya Abang pulang ke Singapura, anak- anak perlukan Abang. Pasti mereka hampa tak dapat bersalaman dengan Abang di pagi raya. Lebih- lebih lagi ni tahun pertama Izzat mahu bersolat di Masjid, kan?”, tanyanya sopan.

“ Kalau Abang balik ke Singapura, Lisa nak sambut raya dengan siapa?”, tanya suaminya kehairanan.

“ Ramai foreign students dari Lebanon dan Afrika yang tak pulang ke kampung. Cuti raya tahun ni pendek, lebih- lebih lagi selesai cuti ada Peperiksaan Profesional Tahun Akhir. Lisa juga perlu belajar. Janganlah Abang risau. Insya-Allah Lisa selamat di sini”, jawabnya memujuk.

“ Biarlah Abang fikirkan dulu 2- 3 hari ni’. Lisa hanya tersenyum sebelum kakinya di atur ke dapur untuk menyiapkan segelas susu suam, minuman kegemaran suaminya sebelum masuk tidur.

Tatkala Daniel selesai mengerjakan solat Isya’ berjemaah pada malam terakhir berpuasa, Lisa laju menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Daniel. Dicium tangan Daniel dan pipi lelaki itu di kucup lembut. Kemudian di ambilnya kedua telapak tangan suaminya lantas di cium mesra sebelum mencium kepala lutut Daniel, kiri dan kanan. Di pohon pada suami agar di ampunkan dosa, di halalkan makan dan minum selama mereka bersama. Menitis juga airmatanya saat itu. Sebak. Sedih mengenangkan Daniel akan memandu berseorangan pulang ke Singapura untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga isteri pertama. Perasaannya ketika itu bercampur- baur. Mungkin kerana semangat keibuannya terhadap anak- anak tirinya begitu menebal, dia rela mengalah demi ‘anak- anak Umi’.

*************************************************

Izzatlah anak yang pertama menggelarkan dirinya UMI. Kata Izzat,panggilan Mommy lebih ranggi dan seolah- olah panggilan Mommy begitu cocok dengan ibunya, Puan Khairani. Izzat kata Uztazahnya menerangkan bahawa panggilan Umi itu asalnya ialah dari bahasa Arab yang bermaksud IBU dan kerana Lisa bertudung litup Izzat kata, panggilan Umi sesuai dengan dirinya. Ah! Anak kecil itu begitu nakal namun petah berbicara. Sering dia kehilangan kata- kata setiap kali di ajak berbual dengan anak terunanya yang bakal menginjak ke usia 7 tahun ini.

Iman, 18 pula lebih gemar mendiamkan diri namun suka jika di ajak berbual mengenai agama. Tindakan Iman mengenakan tudung dan baju kurung pada awal tahun baru membuatkan Mommynya tidak senang duduk. Lisa di tuduh cuba mempengaruhi anak- anak untuk mengikut jejak langkahnya dalam pertuturan dan juga pemakaian. Iman lancar menyebut bahawa itu adalah tindakannya, dan bukan atas paksaan isteri muda Daddynya. Namun saat itu jelas kelihatan Kak Khairani memang tidak gemarkan perubahan anak daranya itu. Gadis ayu yang lebih mirip kepada Daddynya mewarisi kulit cerah seperti Kak Khairani, seorang bekas model pada awal tahun 80-an dahulu.Iman jelas kelihatan lebih ayu dan manis berselindung di balik kain tudung menutupi dada dan auratnya.

Saat Ilham, 15 juga mula bertudung, Kak Khairani melancarkan perang besar- besaran terhadapnya. Habis semua koleksi baju- baju Iman dan Ilham yang mahal- mahal dan skirt pendek, baju renang dan segalanya di bakar di dalam tong sampah besar di simpang jalan besar. Mengalir air mata Lisa saat kedua- dua anak daranya iu mengadu lemah tentang tindakan Mommy. Apa sahajalah yang mampu diperkatakan kepada kedua anak daranya itu selain dari bersabar dengan segala dugaan- Nya.

Daniel sendiri mula jarang bertandang ke rumah atas alasan- alasan kecil yang Lisa tahu berpunca dari Kak Khairani. Dia hanya mengiyakan segala kata- kata suaminya kerana tidak mahu lagi menyumbang ke arah tahap keserabutan suaminya dengan karenah isteri yang seorang itu. Pernah sekali Izzat di tampar laju hanya kerana mengatakan bahawa kedua- dua kakaknya lawa bertudung sama sepertinya. Lisa terkedu. Begitu sekali kebencian Kak Khairani pada dirinya?

Bila tiba giliran Daniel menghabiskan masa bersamanya di Kuala Lumpur, anak- anak kerap di bawa sekali. Tidak pernah sekalipun Lisa membangkang. Malah Lisa makin menggalakkan tindakan suaminya itu.

“Abang harap Lisa tak kecil hati Abang bawa anak- anak tanpa bagitau Lisa. Abang tahu patutnya saat- saat begini Abang seharusnya menghabiskan masa dengan Lisa namun Abang kesiankan anak- anak jadi mangsa Kakak yang suka benar melenting tak tentu pasal”, jelas suaminya lemah.

“ Api cemburu masih membara dalam diri Kakak, Bang. Biarlah. Rezeki Lisa juga nampaknya. Dapat juga Lisa capaikan hajat Lisa nak lebih mesra dengan anak- anak”.

*************************************************

Saat kelahiran puteri kembar mereka hampir 5 tahun berumahtangga, RanaFiryal Adiva dan RaykelFildza Amira, dia bersyukur kehadrat-Nya. Lidahnya tidak berhenti memuji kebesaran Ilahi atas kurniannya yang tak terhingga.Iman dan Ilham sendiri tidak putus- putus melayani adik- adik mereka, maklum sahaja saat itu sudah hampir 12 tahun umur si Izzat. Maksudnya sudah hampir 12 tahun mereka tidak dapat bermesra dengan bayi comel lagi mongel seperti Rana dan Raykel.

Izzat sendiri sekarang sudah pandai membahasakan dirinya sebagai Abang kepada dua puteri kembarnya itu. Dicanangnya satu sekolah bahawa dia baru sahaja mendapat adik baru, sepasang kembar comel. Berita kelahiran puterinya itu makin menyemarakkan rasa benci Kak Khairani pada dirinya. Saat suaminya diperlukan di sisi dalam proses pemulihan setelah kelahiran jugalah Kak Khairani meminta yang bukan- bukan. Tiba- tiba dia di kejutkan bahawa mereka sekeluarga akan ke Hawaii pada cuti yang akan datang.

“ Mommy kata sempena hadiah Izzat dapat masuk “Express Class” untuk peperiksaan lepas, Umi”, terang Ilham. Dia hanya terkedu. Takkan Kak Khairani tak tahu sedangkan dia sendiri pernah lalui kelahiran Iman, Ilham dan Izzat bahawa dia masih belum lepas tempoh pantang dan Rana dan Raykel masih terlalu kecil untuk menaiki kapal terbang, apatahlagi untuk jangka masa yang lama. Sedih hatinya namun untuk menghalang suaminya tidak sama sekali.

“ Dia rasa tersisih dengan kehadiran ahli baru kita, Abang. Puaskanlah hatinya. Dia juga mahukan masa bersama- sama Abang dan anak- anak, sayang, katnya memujuk walau hatinya saat itu terguris pedih dek kelakuan madunya sendiri. ‘Inikah padahnya melawan cakap Emak, Ya Allah? Bantulah hamba-Mu ini menghadapi segala dugaan dengan rasa tabah, Ya Allah..Sesungguhnya hnya pada-Mu lah aku bermohon’.

Lisa sendiri gagahkan diri menghantar mereka berempat ke KLIA. Kak Khairani akan menyusul dari Changi dan bakal menyertai suami dan anak- anaknya di Narita kemudian. Walau berat hati Daniel meninggalkan Lisa sendirian, Daniel terpaksa jua pergi kerana telah berjanji dengan Izzat seawal dulu.

“Tak baik memungkiri janji terhadap anak, Abang. Nanti dia akan merasakan bahawa ianya suatu perkara lazim dan akan memungkiri janjinya pula terhadap orang lain. Jangan kita tunjukkan sesuatu yang tidak baik sebagai kebiasaan hidup, sayang”, terangnya perlahan.

Anak- anak menciumi tangan dan pipi tanda hormat buat seorang ibu. Izzat menangis saat mahu berjalan ke arah dewan berlepas. Iman dan Ilham pula seakan memahami hati kecilnya kali ini.

“Umi, Ilham tak mahu ikut tapi Mommy paksa. Umi jangan sedih,ya? Kami pergi tak lama....Nanti Ilham dan Kakak belikan Umi cenderahati dari Hawaii”, pujuk anaknya itu.

“Abang pergi tak lama, Lisa. Dua minggu saja. Insya- Allah belum sempat Lisa rindukan Abang dan anak- anak, kami dah ada di depan mata”, kata Daniel lemah.

“ Insya-Allah...Nanti jangan lupa telefon bila dah selamat sampai ye? Kalau sempat, hantarlah gambar dan berita. Insya-Allah Lisa akan check e-mail. Oh yea, jangan lupa digicam Lisa ada pada Izzat. Janganlah sedih..Umi okay”, katanya ceria, cuba menyembunyikan rasa sedihnya sendiri.

*************************************************

Bila semuanya selamat berada di dewan berlepas, dia mengatur langkah perlahan sambil menyorong stroller berisikan putri kembarnya yang kelihatan sungguh gebu di pakaikan baju sejuk oleh Iman sebelum mereka bertolak dari rumah di Jalan Pahang tadi.

“Nanti adik- adik Kakak sejuk, Umi”.

“Bismillah.....................”

Perjalanan dari KLIA menuju ke rumah agak lama juga dan mungkin kerana esok hari bekerja, tidak begitu banyak kereta yang menghuni Lebuhraya Utara- Selatan malam ini. Sambil memandu, mata Lisa cuba juga mencuri - curi kelibat Rana dan Raykel yang lena di bahagian belakang kereta Lexus Harrier RX 300, hadian pemberian Daniel saat dia berjaya meraih gelaran doktor pakar awal tahun baru- baru ini.

Matanya semakin layu. Digagahkan diri memandu sehingga ke R&R Serdang. Niat di hati mahu minum barang secangkir kopi. Lagipun dia tidak perlu berebut pulang kerana dia yakin saat ini suami dan permata hatinya semua berada di dalam perjalanan ke Narita sebelum meneruskan penerbangan ke New York dan seterusnya ke Hawaii. Namun dia tersentak bila merasakan satu tujahan kuat dari sudut kiri bahagian kereta Lexusnya itu.

“Masya-Allah. Kenapa ni?”, tanyanya panik. Pedal minyak di tekan agar kelajuan kereta Lexus bertambah dan signal dihidupkan, memberitahu bahawa dia mahu ke lorong tengah. Namun tujahan demi tujahan menggoncangkan kereta 4WD itu. Rana dan Raykel terjaga dan menangis kuat saat tidur terganggu. Lisa panik. Ya Allah, Ya Tuhanku..Selamatkanlah hambaMu ini...

Kepalanya di pusing ke belakang mahu melihat anak- anaknya dan belum sempat dia memandang ke hadapan, pemandu di lorong paling kiri menjerit ke arahnya.

“ CAREFUL!!!!!!!!!! THERE’S A BUS IN FRONT OF YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”.

Stereng di putar dan brek di tekan sepnuh hati dan selepas itu semuanya kelam. Yang jelas kedengaran hanyalah bunyi kaca pecah dan bertaburan, bunyi hon yang semakin membingitkan telinga. Tiada suara Lisa. Tiada tangisan Rana dan Raykel. Tiada. Yang ada hanya kegelapan.

*************************************************

Di Narita, Daniel penat cuba menghubungi Lisa di rumah. Bila tiada siapa pun menjawab panggilan, Daniel cuma mendail nombor telefon bimbit Lisa. Juga tiada jawapan.

“ Daddy!!!!!!”.

“ Kenapa Ilham??”, tanya Daniel cemas.

“ Umi dan adik- adik, Daddy”, jawab Ilham sambil tersedu.

“ Kenapa dengan Umi dan adik- adik?”, tanya Daniel keras.

Izzat yang sudah menangis berat, teresak- esak sambil menarik lengan Daniel, menyuruhnya duduk di kerusi berhadapan dengan monitor komputer di cafe siber yang berada di tingkat 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun itu. Mata Daniel tertancap ke arah cebisan berita di laman rasmi Berita Nasional.

“ DOKTOR PAKAR SARAF DAN DUA BAYI KEMBAR DALAM KEMALANGAN DI SERDANG

Khamis- Seorang doktor pakar saraf dari Ampang Specialist Hospital yang di kenal pasti sebagai DR Halisa Rasydan,31 terlibat di dalam sebuah kemalangan ngeri yang membabitkan kereta yang dipandunya, Lexus RX 300 bernombor plet SBE 2828 hampir bertembung dengan sebuah bas ekspress, Ekspres Sinaran Kota di Lebuhraya Utara- Selatan kawasan Serdang malam tadi. Beliau yang memandu di lorong paling kanan sewaktu kejadian berlaku di laporkan adalah mangsa pembuli jalanraya yang hampir 10 kali melanggarnya dari bahagian belakang kereta.

Seorang saksi berkata kereta Dr Halisa ketika itu sudah terlalu hampir dengan bas Sinaran Kota yang pada ketika itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dari lorong paling kanan lebuhraya tersebut. Kereta Lexus Dr Halisa kemudiannya membrek secara terkejut membuatkan kereta itu agak tersasar dari lorong asal lantas berhenti secara mendadak sebelum kelihatan senget and berpusing hampir 3 kali atas kesan impak pemberhentian mengejut dan sistem ABS Lexus RX 300 itu sendiri.

Dr Halisa dan kedua - dua bayi perempuannya yang berusia kurang sebulan di laporkan di hantar ke Hospital Kebangsaan di Cheras dan kini berada di dalam keadaan kritikal. Suami dan juga ahli keluarga terdekat Dr Halisa kini dalam usaha untuk di hubungi oleh pihak berkuasa.Pembuli jalanraya yang di kenalpasti berdasarkan kereta yang dipandu oleh saksi di tempat kejadian dan kini telahpun berada di dalam tahan pihak polis................................”

“Lisa!”.

Daniel hilang arah. Mujur Iman laju mengawal keadaan. Tangannya laju mendail nombor telefon Mommy. Hampa. Tiada siapa di rumah. Di cuba pula menelefon telefon bimbit Mommy yang tentunya mempunyai sistem ‘roaming’ canggih tajaan Singtel, juga tiada jawapan.

“ Daddy, mari kita balik Malaysia. Umi dan adik- adik perlukan kita”. Daniel hanya mampu mengangguk lemah.

*************************************************

Saat Lisa membuka matanya, kedengaran kekecohan para jururawat memanggil doktor, memberitahu bahawa dia sudah sedarkan diri. Matanya melilau memerhatikan sekeliling, mencari- cari wajah yang dikenalinya. Tangannya juga cuba di genggam kuat. Tidak terasa apa. Jarinya dan tanganya yang merupakan asetnya sebagai seorang pakar bedah saraf kini tidak memberi sebarang respon positif. Masya-Allah.....Ya Allah Ya Tuhanku, Janganlah Kau menarik kembali rahmat pemberian-Mu ini dari diriku..Sesungguhnya aku hanyalah insan-Mu yang lemah , Ya Allah.................

“Umi...Kakak, panggil Daddy. Umi dah sedar!”, jerit suara itu.

“ Lisa ini Abang, Lisa. Daniel. Syukurlah Lisa selamat...Abang dan anak- anak semua risaukan Lisa”.

“Rana.........Raykel’, hanya itu yang termampu di keluarkan dari rongga mulutnya.

“Rana dan Raykel selamat sayang. Cuma Rana ada sikit lebam- lebam di tangan dan Raykel patah tangan kirinya but other than that, they’re safe. Syukur”.

*************************************************

“Umi, Izzat cuma nak bagitau Umi polis dah dapat tangkap pemandu yang buat Umi macam ni. Tapi macam mana ek Izzat nak cakap...Izzat takut Umi tak sayang Izzat lagi kalau Izzat bagitau Umi”, kata Izzat sebak setelah hampir 3 minggu Lisa sedarkan diri dan semakin pulih.

“ Takkan lah Umi nak letakkan kesalahan ini semua pada hero Umi yang seorang ni?”, jawabnya cuba bergurau sambil jarinya cuba menggemgam sebiji bola getah yang kenyal sebagai salah satu cara rawatan fisioterapi setelah kemalangan tempohari. Syukurlah jemarinya kini sudah semakin pulih...

“ Umi.......Yang cuba cederakan Umi, Rana dan Raykel ialah Mommy. Mommy Izzat...”, terang anak teruna itu sambil menangis kuat. Berkaca mata Lisa mendengarkan pengakuan luhur anak itu.

Lisa terdiam. ‘Kuat benar rasa bencimu, Kak Khairani? Apa tiada langsungkah perasaan keibuan buat puteri- puteri ku saat kau hampir mahu membunuhku?’

Daniel, bawalah Lisa dan anak- anak pergi. Jelas sudah kini tiada yang indah di sebalik warna itu. Saat ini terbukti bahawa Lisa gagal capai pelangi.....
 
posted by Imanulnaim Enterprise at 8:14 PM, | 0 comments

Hanya Dirimu

Tuesday, January 29, 2008
"Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Ikhwan. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan qurratu ain yang cukup bermakna buat suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak.Mana mungkin untuk menolak takdir yang ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali lagi Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Aliya selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.

“Ya Allah, tabahkan hati ini…….”Aliya merayu dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapi ujian ini.Aliya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita itu.
“Aliya, Kenapa ni? Abang rasa dari tadi isteri abang menangis”?Zahid yang baru sahaja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.
“Abang…..tadi Doktor Ikhwan telefon. Dia nak cakap dengan abang..Tapi Aliya bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita!”
“Berita? Berita apa ye?”
“Abang..,Aliya di dalam sedu cuba mencari kekuatan diri untuk mengungkap khabar.
“Doktor Ikhwan mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Aliya tak mampu mengandung bang!!”Aliya menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangisan yang semakin kuat.
“Innalillahi wainna ilahiraji’un”Zahid mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Aliya pasti suaminya turut menangis.
Rumahtangganya cukup bahagia . Malah tiada siapa pun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya adalam diam Aliya turut menyimpan kasih yang terpendam. Aliya, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapamenduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Zahid. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah S.W.T mempertautkan antara dua hati, Zahid dan Nur Aliya.
Masih terbayang jelas di ruang fikiran Aliya, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Zahid,insan yang kini menjadi bergelar suami buat dirinya,
Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Zahid, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Zahid melakukan langkah yang lebih drastik apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya. Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampong, mereka bergelar suami isteri yang sah.
Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikan bunga-bunga yang kembang mekar disirami dengan titisan-titisan hujan di malam hari. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.
Aliya akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Zahid baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Zahid meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Zahid. Aliya akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Zahid.
Namun dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambanya. Bumi yang mana tak akan ditimpahujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian.
Sepanjang lima tahun perkongsian hidup dengan Zahid, merekatidak dikurniakan cahaya mata. Aliya sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain di hadapan rumahnya. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Zahid sering kali bijak memainkan emosinya, “kalau dapat anak, mana mungkin lagi kita dapat berpimpin tangan seperti ini…..”
Aliya sering tersenyum apabila mendengar gurauan Zahid sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Zahid seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor…….
“Aliya sudah yakinkah keputusan ini?”. Zahid meminta kepastian dari isterinya.
“Aliya yakin bang……Aliya sudah istikharah…Aliya yakin, inilah pengorbanan Aliya untuk abang!”
“Aliya, abang tidak perlukan satu lagi sayap. Cukuplah Aliya sayap kiri abang dalam perjuangan…..”
“Abang, tapi abang perlukan zuriat . Aliya tak mampu nak berikan abang zuriat!” Lemah suara Aliya sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik- manik halus mulaberkumpuldi kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.
“Aliya…..”Zahid menggenggam erat tangan isterinya.
“Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang dalam melayari hidup ini. Abang kasihkan Aliya, dan selamanya kasih tak akan berubah. Ingatkah dulu, kita pernah berjanji, kasih kita tak akan terlerai, selama-lamanya,kan? Kecuali kita berpisah kerana kematian…kan?Aliya masih ingat?

"Ruang fikirannya memutar semula satu demi satu episode manis yang menemukan dirinya dengan Zahid. Ya, mereka pernah berjanji, hidup bersama kasih sayang dan cinta yang dibina hinggalah tiba tentuan Allah. Mereka juga pernah berjanji, akan menjaga keutuhan mahligai yang dibina agar kekal bahagia, bahagia hingga anak cucu. Sekali lagi Aliya sebak apabila mengenangkan gurauan Zahid yang mahukan anak yang ramai.

“Abang….”Aliya mencari kekuatan yang sering kali hilang sejak akhir-akhir ini.
“Abang, Aliya tahu abang kasihkan Aliya. Namun, abang jua perlukan zuriat. Kahwinilah dia bang! Aliya kenal dia. Malah bagi Aliya, itulah mampu yang terbaik yang mampu Aliya persembahkan untuk abang…..”
Kalau abang ternyata tidak mampu berlakua adil, bagaimana?Aliya bersedia menerima? Aliya , persoalan ini amat berat, terlalu berat buat abang!
“Tidak abang! Aliya yakin dan kenal siapa abang. Abang, Aliya rela berkorban, untuk kebahagian abang!”. Semakin hebat tangisan Aliya mengiringi pengakuannya. Zahid tidak mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri melakukan pengorbanan seperti Aliya.
Langit yang mendung malam itu bagaikan mengerti bagaimana perasaan seorang isteri yang ditingagalkan keseorangan. Aliya membelek album kenangan sewaktu bermulanya kenangan indah bersama Zahid. Kadang- kala tersenyum bila mengingati dan bagaimana kemanisan cinta mereka be4rmula yang berakhirnya ke jinjang pelamin. Malam itu,cukup sejuk diiringi dengan hembusan angina yang seolah-olah mengundang turunnya hujan yang lebat dari langit. Namun, gundah di hati Aliya lebih hebat dari itu.
Malam itu, dalam satu majlis yang serba ringkas Zahid dijadualkan akan diijab kabulkan dengan Insyirah, insane yang akan menjadi madu Aliya. Petang tadi, Aliya sudah mempersiaojan Zahid untuk menjadi bakal pengantin. Suaminya turun dari rumah dengan langkah yang berat. Aliya tahu, hati Zahid masih berbelah bahagi.
Insyirah, bekas junior Aliya semasa di kampus dicadangkan Aliya sendiri untuk diperisterikan oleh suaminya. Insan yang bakal berkongsi kasih dan saying dengannya disepanjang hayat. Aliya kenal siapa Insyirah dan cukup menyenanginya. Cuma, kadang-kadang Aliya termangu sendirian, betulkah apa yang dia lakukan? Dan mampukah dia mengahadapi hidup ini kelak? Biarpun sesekali penyesalan bertandang, namun Aliya yakin, itulah pengorbanan yang paling agung yang dapat dilakukan olehnya seorang isteri. Dan sekali lagi, Aliya merasakan, manik-manik halus terasa suam menuruni pipinya. Aliya cukup pasti, waktu ini tentu suaminya sudah tidur lena dengan mimpi indah. NAmun, biarlah dia pula menikmati pula kelazatan bermunaj dengan Tuhan.
Bagaimana pun langkah Aliya terhenti seketika. Ada seseorang yang cuba membuka pagar dan memasuki halaman rumahnya.
“Abang….!Aliya terkejut kepulangan suaminya di waktu yang tidak sepatutnya. Lantas spontan dia tunduk mencium tangan suaminya, namun kali ini tidak seperti biasa, Zahid tidak ingin melepaskan tangannya.
“Aliya…….!”
“Abang berbincang panjang dengan Insyirah dan ayahnya. Abang tak akan berkahwin lain!Aliya, dalam hidup abang, Aliya hanya seorang…..!Serentak dengan itu, Aliya teresak-esak di dada suaminya…

Labels:

 
posted by Imanulnaim Enterprise at 5:19 PM, | 0 comments

Muslimah

"FAJAR menyinsing. Kokokan ayam begitu nyaring. Azan yang bergaung dari masjid desa mendayu-dayu. Sebuah pagi yang syahdu. Ila terbangkit sendiri. Lain benar azan subuh yang mengejutkan lenanya pagi ini. Merdu dan berlagu. Tidak seperti selalu. Baru Ila sedar dimana ia berada.

Selesai solat subuh, terus saja Ila ke dapur. Ibunya yang hendak ke bilik air tekejut bila melihat Ila sedang menyiapkan sarapan. Demikian juga abah yang baru selesai solat subuh. Namun di sudut hati mereka gembira. Bertuah ada anak yang mengaji agama!

Baru tengah hari semalam Ila tiba. Tiada seorang pun ahli keluarganya yang menyangka Ila yang baru dua tahun menuntut di Jordan itu akan pulang. Tiba-tiba sahaja tersembul di ambang pintu. Gempar satu keluarga. Tidak henti-henti ibu menceceh, sebab Ila tidak memaklumkan dahulu kepulangannya. Ila Cuma tersenyum. Sengaja dia mahu buat kejutan.

“Hai...maknya. Beruntung awak. Tak payah bangun awal lagi. Ustazah dah ada.”

Abah mengusik. Ila tersenyum sambil memandang ibunya yang masih bertelekung, mengacau kopi di dalam kole. Wajah ibunya cukup berseri-seri. Girang benar dengan kepulangan anak gadisnya ini. Memang sejak semalam bibir ibunya tak lekang senyum.

“Mak bahagia Ila balik juga. Dah rindu mak ni.”

“Ila bukan tak nak balik mak. Baru sangat rasanya duduk di Jordan tu. Lagi pun sekarang ringgit jatuh. Kenalah berjimat cermat,” luah Ila tatkala ibu mendakapnya sesampainya di rumah. Kejap betul pelukan ibu, hamper sukar rasanya hendak bernafas. Rindu itu terlerai jua. Dan mereka sama-sama menangis hingga basah lencun tudung Ila yang labuh hingga ke pinggul itu. Ila lihat mata abah masa itu berkaca juga. Sebak beraduk suka agaknya.

Ila sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh pulang. Dia sebetulnya tidak merancang. Tekad asalnya untuk tidak akan pulang selagi tidak meraih gelaran siswazah Syariah Timur Tengah, tiba-tiba sahaja mencair apabila dia beroleh jayyid jiddan dalam peperiksaan semester lepas. Dia gembira bukan kepalang. Tidak tahu dengan siapa mahu dikongsinya kegembiraan itu selain kawan-kawan serumahnya. Memang hajat asalnya tidak mahu pulang. Apa kala melihat kawan-kawannya hendak pulang bercuti, entah bagaimana dia pun turut sama menempah tiket kapal terbang.

Sudah seminggu Ila pulang, tetapi masih tidak kemana-mana. Paling jauh pun ke rumah saudara-mara. Dia hanya terperap di rumah. Kenduri kesyukuran pun telah dibuat. Setiap hari ada saja orang kampung yang datang ke rumah. Maklum sajalah, Ilalah anak pertama kampung ini yang belajar di Timur Tengah. Ibu pula langsung tidak berenggang. Di mana ada Ila, disitu jugalah ibu akan menemani. Ada saja perkara yang mereka sembangkan. Tidak henti-henti wanita separuh abad itu bertanyakan kehidupannya di Jordan, pengalamannya sewaktu menunaikan umrah, juga kenangannya semasa melancong ke Mesir.

Dalam perancangannya, kalau boleh, cuti ini ingin dihabiskan dengan beristirehat dan menziarahi adik-beradik dan saudara-mara. Dia mahu santai sepuas mungkin, setelah puas bertungkus-lumus semester penuh di Jordan. Lebih daripada itu, dia tidak mahu. Ditambah cutinya hanya sebulan, masakan sempat untuk berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, petang itu abah memanggil Ila ke ruang tamu. Ada perkara yang nak dibincangkan katanya. Ibu pun sudah menanti sama.

“Beginilah Ila. Tadi abah terserempak dengan Ustazah Maisarah di kedai. Dia ada tanyakan Ila.”

Ila terdiam. Bertanya tentang saya? Dadanya berdebar-debar.

“Ustazah nak minta tolong Ila gantikan dia mengajar malam esok.”

“Ila?” Terkedu dia mendengarnya.

“Ha…ah. Ustazah nak ke Johor Bahru. Tak ada siapa nak gantikan tempatnya.”

“Jangan abah. Ila tak sanggup.”

Ila menggeleng. Abah menghirup teh yang asapnya kian menipis. Ibu terus leka dengn jahitannya.

“Kenapa pula, kan Ila dah belajar itu semua?”

“Ila…Ila tak bersedia lagi. Baru seminggu balik, takkan dah nak mengajar orang.”

Abah mengangguk-angguk. Barangkali alasan Ila itu menerjah akalnya. Ila menarik nafas lega dengan tindak-tanduk abah.

Sementara menunggu mata terlelap malam itu, Ila teringat kata-kata abahnya di ruang tamu tadi. Entah mengapa dia rasa malu sendiri. Dia sedar abah menaruh harapan besar padanya. Dalam lima orang adik-beradiknya, dialah perintis dalam keluarga, yang belajar di sekolah agama. Kakak-kakak dan abangnya dihantar ke sekolah biasa. Belajar pun perkara-perkara sekular. Malah tiada seorang pun yang berjaya hingga ke peringkat universiti, melainkan Ila satu-satunya. Lantaran itu, Farhana adiknya yang bongsu dihantar ke sekolah agama, demi menuruti jejak kakaknya.

Mengajar orang-orang kampung? Suatu perkara yang tidak pernah terfikir di akalnya sebelum ini. Ila benar tidak menyangka Ustazah Maisarah bertanyakan dirinya untuk itu. Dia kenal benar keluarga ustazah itu. Fathi, anak sulungnya pernah sekelas dengannya sewaktu di SMKAS. Itulah sebabnya dia terkejut benar bila Ustazah Maisarah bertanyakan dirinya. Tidak pasti pula di mana Fathi berada sekarang. Yang dia tahu Fahmi dan Siti Khadijah, dua orang lagi anak ustazah itu masih menuntut di SMKAS.

Dalam begitu, telinganya menangkap sayup-sayup suara orang berbual. Pasti abah dan ibu belum tidur lagi. Baru dia teringat abahnya baru pulang bermesyuarat di rumah pak Imam. Perlahan-lahan Ila membuka pintu biliknya, dan melangkah segontai mungkin ke ruang tamu.

“Abang nak tolak cadangan pak Imam tadi. Tapi…lepas tu abang terfikir apa salahnya kalau anak kita yang beri pengisian.”

Langkah Ila terhenti. “Ish…nak ke si Ila tu?” Ibu bertanya separuh ragu.

“Alah…dia mengaji agama tinggi-tinggi. Bila lagi nak diguna ilmu tu.”

Tidak semena-mena dadanya berdebar kencang. Terus memasang telinga.

“Lagipun ceramah Maulidur Rasul ini cuma untuk muslimat saja. Dua minggu lagi. Apa nak dibimbangkan?”

Sekali lagi Ila terkedu. Dia sudah dapat menagkap hala tuju percakapan abahnya. Lantas, berpatah balik ke bilik, dan merebahkan diri di tilam. Kacau! Ila mengetap bibir. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengelak lagi. Kelas agama sudah di tolak. Tetapi, menolak program yang ini, memang tidak wajar!

Bukan dia tidak mahu, cuma tidak sanggup. Dengan ilmu yang tidak seberapa, bagaimana mahu memberi pengisian kepada masyarakat. Dia teringat kehidupannya di Jordan. Banyak dihabiskan dengan studi. Masanya digunakan cuma untuk menelaah muqarrar kuliah. Jarang sekali dia mengikuti program-program seperti ini. Aktif berpersatuan pun tidak. Semuanya tidak dihiraukan. Dia cuma mahu score dalam peperiksaan!

Pernah sekali rakan serumahnya mengajak dia menghadiri program public speaking.

“Lain kalilah Icah. saya tak free petang ni.”

“Alah…program macam ni bukannya selalu. Kebetulan Kak Suhanna yang buat Ph.D tu ada sekali. Rugi kalau tak dengar dia berceramah tau.”

“saya nak studi, macam tak sempat aje. Minggu depan imtihan.” Dia cuba berdalih. Bila berbicara dengan Icah dalam soal –soal begini jarang sekali dia menang. Gadis kelahiran Batu Pahat itu memang bijak berhujah.

“Orang lain pun belajar juga. Tapi, tak adalah sampai langsung tak ada masa.”

“Kita ke sini kan untuk belajar.”

Icah yang sedang memakai tudung tersentak.

“Apa, kau ingat belajar tu dengan menghadap buku saja?”

Esoknya, Ila benar-benar terkejut, Pagi-pagi lagi Ustazah Maisarah sudah muncul di halaman rumahnya. Wajah wanita itu berseri-seri. Dada Ila mula bergetar. Ibu sedang mandi, terpaksa Ila pula yang menyambutnya.

“Ana bukan tak mahu ustazah. Tapi rasa macam tak layak aje.”

Betul jangkaannya. Ustazah Maisarah datang membawa hajat. Sama seperti kata-kata abah.

“Tak usahlah tawaduk sangat Ila. Ustazah yakin Ila boleh. Suami ustazah pun kata macam tu.”

Melihat kesungguhan di wajah Ustazah Maisarah membuatkan lidah kelu. Segala jawapan yang difikirkan munasabah malam tadi bagaikan berlalu.

“Semua orang yakin dengan Ila. Orang mengaji di Timur Tengah yang berceramah, tentu ramai yang pergi. Pak Imam pun dah setuju.”

“Ana tak berani nak kata setuju. Takut tak tertunai pula hajat ustazah,” tuturnya lembut.

“Tak mengapa. Terpulang pada Ila. Lambat lagi majlis tu. Ila fikirlah dulu.”


**************************************************

Terkesip-kesip mata Ila mengingatkan itu semua. Sudah dua hari dia terlantar tanpa jawapan. Kitab Usul ad-Dakwah karangan dari. Abdul Karim Zaidan yang kebetulan dibawa balik dibelek-belek. Cuba dibaca beberapa perenggan. Bungkam. Segala yang melintas tidak lekat di fikiran.

Sebelum ini, tidak sekali dia terfikir perkara sedemikian akan dihadapinya. Langsung tidak pernah; biarpun dia sedar kelak dia akan bergelar siswazah Timur Tengah. Memadai sekadar itu. Dan, tidak pernah terencana di benaknya untuk menjadi pendakwah, untuk memimpin ummah!

Di Jordan, memang ada didedahkan dengan situasi sebegini. Program-program seperti usrah, tamrin, ceramah, kelas tafaqquh, semuanya ada. Cuma dia yang tidak ikut. Baginya, serupa sahaja. Kalau setakat untuk membincangkan manduk-manduk usrah, dalam kitab pun ada. Bila-bila masa boleh dibaca!

Terbayang-bayang wajah Ustazah Maisarah yang mengharap. Ila terasa dirinya kerdil jika dibandingkan dengan wanita itu. Walaupun cuma guru sekolah agama, tetapi cukup aktif. Banyak perubahan yang telah dibuatnya. Pelbagai aktiviti muslimat di desa ini di bawah pimpinannya. Suaminya Ustaz Farouk pun begitu. Sumbangan mereka terhadap perkembangan rohani dan mentaliti penduduk kampung memang tidak dapat dinafikan.

Sedang saya ini siapa? Apa amal Islami yang telah kusumbangkan? Apa peranan yang telah kumainkan demi menjadikan Islam cara hidup masyarakat? Apa persediaan yang telah kubuat demi mencanai hasrat umat? Apa…argh!

Pertanyaan yang bertalu-talu itu berlegar-legar dalam diri. Dan fikirannya melayang mengingati kehidupannya di Jordan. Sendat dengan suasana ilmu. Malangnya selama ini, program-program yang ada tidak dimanfaatkan. Dia terlalu mengutamakan studi tanpa mencari ilmu-ilmu luar sebagai bekalan untuk menghadapi masyarakat; sebagai persediaan untuk memberi pengisian, sebagaimana yang dihadapinya sekarang.

Buat pertama kali Ila berasa begitu tersayat.
“Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, agar mereka itu dapat menjaga dirinya.”

Firman Allah dalam Surah at-Taubah yang seringkali diulang-ulang oleh pensyarah Arabnya pada awal kuliah terngiang-ngiang, dan kali ini benar-benar menusuk. Dalam hatinya dia membuat satu jawapan buat Ustazah Maisarah. Moga ini adalah langkah yang pertama!

*************************************************

Petang itu, Ila kembali ke rumah setelah dua hari bermalam di rumah nenek. Sewaktu tiba di rumah, sebuah Proton Satria baru sahaja meluncur keluar dari kawasan rumahnya. Ila macam kereta siapa.

“Dah lama ustazah datang mak?”

Ibu mengangguk. Abah yang sedang membaca akhbar tersenyum meleret. Ila tidak faham makna senyuman itu. Dia terus melangkah ke kamar. Kemudian keluar semula.

“Ustazah tunggu Ila tadi.”

Ila mengutip cawan dan pinggan bekas tetamu untuk dibawa ke dapur.

“Tunggu Ila?”

Ila memandang tepat ke wajah ibunya. Ibunya juga senyum lebar.

“Dia nak tanya keputusan Ila. Kami tak berani nak kata apa.”

“Mak tak cakap yang Ila dah setuju?”

“Hai…belum apa-apa Ila dah setuju?”

“Yalah. Memang Ila dah setuju untuk jadi penceramah Maulidur Rasul nanti,” jawab Ila tenang. Namun di hatinya terbetik rasa hairan.

Abah dan ibunya saling berpandangan. Senyuman yang terukir di bibir keduanya amat sukar ditafsirkan.

“Ila…ustazah tadi datang bukan untuk tanyakan itu.”

Ila semakin tidak faham.

“Habis tu?”

“Dia datang nak risik Ila untuk anaknya.”

Kali ini Ila benar-benar terkedu!

"

Labels:

 
posted by Imanulnaim Enterprise at 5:08 PM, | 0 comments

"Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,"

Tuesday, January 22, 2008
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang
jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

bret bret... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* *********

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, ia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu abang...Aliyah sayangkan abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup
hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Labels:

 
posted by Imanulnaim Enterprise at 6:24 PM, | 0 comments

KENDURI KAWIN

Tuesday, December 11, 2007
Salam Selamat Pengantin Baru Kak Ju...moga-moga dirahmati Allah..30 Nov 2007 bersama ustaz zaidan


ni produk ketiga kelab fasi Faqihah Riduan


ni ustaz-ustaz yang dah kawin..ustaz ana pun ada jugak...

selamat pengantin baru

aduih manjanye..kak ju di samping suami yang tersayang..
 
posted by Imanulnaim Enterprise at 12:08 AM, | 0 comments